
Petikan dari buku Tutup Kem Tahanan Kamunting, Bebaskan Tahanan, Mansuhkan ISA oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)Penjelasan berdolak dalih kerajaan mengenai penahanan mereka hanya mengesahkan prasangka bahawan tahanan “KMM” dan “JI” ditahan adalah atas permintaan Amerika sebagai sebahagian daripada agenda Amerika memerangi keganasan – satu tindakan yang amat diragui. Di Indonesia, walaupun negaranya telah menyaksikan dua serangan untuk menangkap sebilangan rakyat Indonesia. Tetapi Indonesia berpegang teguh pada prinsip keadilan dan hak asasi manusia dengan hanya menangkap mereka yang mempunyai bukti terlibat dan kemudian diberikan hak melalui perbicaraan terbuka mahkamah.Di Filipina pula, pemisah yang meragut banyak nyawa tidak mempunyai undang-undang tanpa bicara. Bandingkan dengan Malaysia yang tidak pernah menyaksikan apa-apa serangan pengganas, kini menyimpan berpuluh-puluh “pengganas yang disyaki” dalam tahanan untuk bertahun-tahun tanpa memberikan mereka peluang dibicarakan dengan adil. Sungguh memalukan !Buat masa ini (2006) terdapat lebih 100 orang ditahan di bawah ISA, termasuk 6 orang dituduh sebagai “KMM” dan 63 orang sebagai “JI”. Menjelang September 2006, tahanan “KMM” telah ditahan selama 5 tahun – tanpa didakwa, tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan. Antara Januari dan Disember 2006, 38 orang dari kumpulan “JI” akan genap menjalani penahanan selama 4 tahun, tanpa langsung diberi peluang membela diri.Jika terdapat bukti terhadap kesalahan yang mereka lakukan, sudah pasti polis telah menjumpainya sejak dulu lagi. Sebenarnya, jika polis telah mendapati sebarang bukti, sudah pasti tahanan ini didakwa di mahkamah. Apabila tempoh penahanan diperbaharui, kerajaan mengatakan bahawa tahanan perlu pemulihan. Tetapi jika mereka tidak pernah dibuktikan bersalah, apakah yang perlu dipulihkan ?MARI BERSAMA KAMI MENENTANG KEZALIMAN INIAnda boleh membantu dengan : Hantar surat atau fax menuntut kerajaan mendakwa tahanan di mahkamah terbuka atau bebaskan mereka segera. Hantar surat anda kepada :YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiMenteri Keselamatan Dalam NegeriBlok D1, Parcel DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62546 PutrajayaFax : 03-88868014